Ketika Stadium Bukit Jalil diimpahi dengan lampu limpah dan gemerlapan bintang2 yang memeriahkan Anugerah Juara Lagu (AJL) kami KGGK mengadakan latihan biasa dengan diterangi lampu camping sahaja...hehe
Terasa cam klasik benar plak..best juga sesekali berlatih begini...terkenang saat aku "bersidang" bawah fly-sheet dipuncak gunung masa aku tengah aktif meredah hutan dulu...
Seperti biasa alunan serunai Cikgu Ramli dan pukulan gendang Sharul menarik minat abang2 polis yang mejalankan rondaan sekitar tempat kami berlatih...selepas bertanya dan berbual serba sedikit mereka pun beredar meneruskan tugas mereka dan kali ini juga alunan muzik gendang ini bagai memanggil2 abang "bandaraya" yang sedang bertugas dipos kawalannya menjengah sebentar..siap buat permintaan lagu pulak tu...hehe.... demi tak menghampakan beliau maka Lagu Tomoi kami hadiahkan padanya...(agaknya tido sambil senyum abg kita malam ni hehe)