Monday, January 16, 2012

Malam Pertama..

Assalammualaikum w.b.t.

Korang jgn la senyum-senyum bila baca tajuk entri aku kali ni...cuba la sekali sekala kepala otak korang tu jgn dikona kan sangat...hehehe
  
Sebenarnya aku nak bercerita tentang malam pertama aku berkayuh dengan Road Bike dan juga malam pertama aku berkayuh ngan geng2 Uncle Goh Cycling Club (UGCC)

Minggu ni hari rabu, lepas kerja aku pun bersiap2 nak ke Sri Muda pot UGCC melepak...sesampai je aku kesana Baha dah siap menunggu aku..Memandangkan dah masuk waktu kami pun terus kesurau berdekatan bagi menunaikan yang wajib dulu..kemudian baru lah ke Restoran Muneer. Kat sana dah siap dah menunggu Anuar,Minami,Puyau,Mas dan beberapa orang lagi geng UGCC ( sorry aku tak ingat nama 1st time jumpa.. aku mmg jenis susah sikit nak ingat nama orang).Tak lama lepas tu nampak kelibat Atan pulak.

Tengah seronok nyembang dan pekena teh tarik tetiba hujan lebat la plak...orang kata hujan2 ni memang sesuai untuk orang baru dimalam pertama...hahaha udah2 jangan kona lagi..........
Lama gak menunggu hujan reda, teh dah abis segelas, roti ban sebungkus last2 dalam keadaan hujan renyai2 kami pun mula bergerak...hari ni route yang dipilih oleh UGCC ialah Sri Muda-Stadium Bukit Jalil-Sri Muda..

Dari Sri Muda group kami mula berkayuh memasuki Lebuhraya KESAS yang memang tak jauh pun dari pot kami melepak tadi..Jalan masih basah dan banyak lopak2 air...kalau dengan MTB aku memang sedap aku langgar je semua tu..tapi ni Road Bike kena la mengelak mana lah tau kot2 termasuk lubang dalam mau bengkok rim. Dalam aku dok terkial2 membiasakan diri dengan setting beskal ni sorang lepas sorang member2 aku mula meninggalkan aku...takpe kayuh je jangan dipikir sangat, ikut je setakat mana kemampuan diri.. kau kan orang baru kata aku dalam hati.....
Dalam dok seronok berkayuh tetiba kaki kanan aku mula terasa semacam je...Ahhh...dia buat dah!!! Kaki aku dah mula krem (kena kokak ngan mengkarung kata Atan..hehe). Mujur masa tu Baha ada kat belakang aku...ok...bukak clip...kayuh pelan2...relax je Baha bagi arahan kat aku...kalau tak ade dia masa tu mau je aku berenti tepi...hehe
Lepas pada tu kayuhan diteruskan....aku membelok ke Hentian Awan Besar dengan ditemani Atan manakala yg lain meneruskan kayuhan sampai ke Bukit Jalil sebelum berkumpul semula di Awan Besar.Lepas lepak dan minum2 sambung semula kayuhan balik ke Sri Muda.

Apa2 pun aku memang puas lah berkayuh malam tu,,,ini pengalaman pertama aku banyak lagi yg perlu aku pelajari..Terima Kasih pada UGCC terutama Baha dan Atan yang banyak memberi tunjuk ajar pada aku malam tu...sampai jumpa lagi...Chow..