Wednesday, July 11, 2012

KLMTB Carnival

Assalammualikum dan selamat sejahtera...

Tanggal 8 julai 2012 ada dua event besar yg disertai ahli UGCC (kelab basikal yg aku sertai). Sebahagian besar dr kami menyertai Kayuhan Sinar Edisi ke 5 di Shah Alam, manakala Baha dan SY Chong berlumba di Kuala Lumpur Mountain Bike Carnival(KLMTB Carnival) yg berlangsung di Bukit Kiara. 

Aku,Amir,Mus,Pojie dan Arip ke Kiara , manakala Atan ikut kayuhan di Shah Alam.

Mengikut perancangannya aku,Amir,Mus dan Baha berkumpul di tol bt.3 s.alam jam 6.30pg sblm bergerak secara konvoi ke Bkt Kiara. Tp aku terkantoi sikit pg ni dan sampai agak lewat kira2 jam 6.50pg manakala Mus langsung tak nmpk btg idungnya barangkali tgh sedap lg tarik selimut sbb pg ni hujan..hëhë

Setelah semuanya berkumpul (aku bertiga je pun) kami pun bergerak ke Kiara. Perjalanan cuma mengambil masa 20-25 min je ditmbh pula hr ni hari Ahad maka agak selesa lah juga kami berkonvoi hr ni. Sesampainya kami dihadapan KSH Cycle (TTDI) terus kami bersarapan dulu. Sembang punya sembang terlupa plak SY Chong ada acara saringan utk kategori dia jam 7.30 pg. Bergegas kami ke tmpt perlumbaan dan seperti yg dijangka parking mmg menjadi satu masalah. Terpaksa gak aku dan Amir menapak agak jauh nk kesana. Acara saringan kategori lelaki 36-40 tahun dah pun bermula,kami cuma smpt menyaksikan SY menamatkan kayuhan dgn berkedudukan tmpt ke 6 pada saringan ini. Ok lah tu janji dpt ke final... hëhë 

Acara kedua pg ni ditrskan dgn saringan ke 2 bg kategori lelaki 36-40 thn. Sebaik saja pelumba dilepaskan aku dan Amir pun mula memasuki trail utk mencari pot2 menarik utk mengambil gambar. Dari trek "office" smpi ke "overtime" kami redah satu2 sambil berhenti dibeberapa tmpt utk mengambil gambar. Seronok punya berjalan tau2 kami dh smpi ke check point 8. Uish!! jauh dah ni..kalau diteruskan mau lengkap satu loop aku ngan Amir berjalan ni....hehe 
Patah blk ke starting point sambil2 berhenti lg utk mengambil gambar. Kali ini kategori woman elit (final) pula mengambil tmpt. Boleh tahan juga depa ni berkayuh dah mcm jantan dah aku tgk. Kategori ini turut disertai oleh pelumba dr Indonesia dan Singapura. Tp dlm pada tu ada juga pelumba wanita yg kami tgk agak santai je berkayuh mcm sdg berjamboree. Aku ngan Amir cuma senyum2 je memerhatikan gelagat peserta ni...kalo ckp nnti dh jatuh hukum ngumpat...hëhë

Sampai di starting point kami bertemu dgn Pojie dan Arip yg br sampai. Haa..ni br jurufoto sebenar,br le mantop sikit gambarnya kalo nk dibandingkan ngan kamera tikam aku ni...hëhë 

Acara seterusnya adalah kategori lelaki 40thn keatas (final) yg mana Baha mengambil bahgian. Arip ngan Pojie masuk trek "office" manakala aku ngan Amir mengambil tmpt kat "tripple staircase" plak. Kat sini dgr kata ada pelumba yg jatuh (endo) dan patah beberapa btg giginya semasa saringan kategori 36-40 thn td. Mmg trek kat bhgn ni agak sukar dan hanya boleh dilalui oleh mereka yg berpengalaman shj. Alhamdulillah en.Baha kita berjaya melepasi bhgn trek ni dlm kesemua 4 lap nya tanpa sebarang masalah. Nor Affendi Rosli (bekas pelumba berbasikal Malaysia) memenangi kategori ini meninggalkan jauh pelumba yg lain.

Tiba pula acara kategori 36-40 thn lelaki akhir. Hanya kategori ini shj yg memerlukan pelumba menyertai acara saringan dgn pelumba pada kedudukan 15 terpantas shj yg layak masuk ke final. SY Chong berjaya menempatkan diri ke acara final setelah menduduki tmpt ke 14 terpantas dlm saringan. (cukup2 mkn je..hëhë) Malang sekali beliau hanya sempat menamatkan 2 lap dan terpaksa berhenti atas masalah teknikal. Thn dpn cuba lg tp dah berubah kategori lah...hëhë.

Perlumbaan berhenti rehat sebentar sekitar jam 2 ptg sementara menanti acara lelaki elit. Acara yg mmg dinanti2 kan oleh semua sejak td dgn Bandi pelumba dr Indonesia menjadi calon favorite utk memenanginya dan tak lupa juga pelumba Malaysia Shahrin Amir yg dijangka akn memberikan saingan sengit. Antara nama besar yg lain termasuklah anuar Manan dan Fauzan Rusli turut sama menyertai kategori ini. Sebaik shj kesemua pelumba kategori ini dilepaskan tapak karnival beransur2 menjadi sunyi yg tinggal hanya petugas dan pengacara majlis shj, sementara penonton hilang menuju ke trail bg menyaksikan pelumba2 ni beraksi dan sudah pastinya "tripple staircase" menjadi tmpt ramai. Mus yg sampai lewat smpt menyertai kami dan mula sibuk merakam video bersama Baha utk dibuat bahan ulangkajinya...hëhë 
Seperti yg dijangka Bandi memenangi kategori ini walaupun menerima tentangan sengit diawal2 lap oleh Shahrin Amir, tmpt kedua Chandra juga dr Indonesia dan S.Amir ditmpt ketiga.

KEPUTUSAN PENUH :
Lelaki 36-40
1. Zamzi Mohamad - Arus Polygon Racing Team - MAS
2. Oki Raspati - Polygon Racing Team -INA
3. Khaniz Omar - Entro - SIN

Lelaki 41 keatas
1. Nor Effandy Rosli - DBKL - MAS
2. Azizan Manaf - Giant Cycling Team - MAS
3. Supian Nor - Team Corbusier - MAS
15. Baharuddin Baha - UGCC - MAS

Wanita Elite
1. Kusmawati Yazid - Polygon Factory Team - INA
2. Diana Intan Purnamasari - All About Bike Bogo - INA
3. Laura Avira Adrian - Giant Cycling Team - MAS

Lelaki Elite
1. Bandi Sugito - Polygon Factory Team - INA
2. Chandra Rafsanzani - Polygon Factory Team - INA
3. Shahrin Amir - Giant Cycling Team - MAS

Wahhhh...sekali aku ngomel pjg berjela plak aku bergebang ya..hëhë 
OK lah sblm korang menguap besar baik aku chow dulu...apa2 pun tak kira berkayuh di jalanan mau pun off-road yg penting kita enjoy sambil tidak melupakan keselamatan diri sdri dan org lain disekeliling kita. Jgn cuma pandai beri komen tp tak berkayuh.. Happy Cycling... Hehe