Wednesday, October 31, 2012

why do I love this house


Why do I love this house?
It may not be the prettiest house in the neighbourhood
It may not be the biggest nor the luxurios house in the area
And
It don't event have a stunning landscape to adore.
But
It's the house that my dad bought with his blood, sweat and guts
It's the house thats all my siblings came back to
And
It's where my mom are whaiting for me.
I wonder no more.

Wednesday, July 11, 2012

KLMTB Carnival

Assalammualikum dan selamat sejahtera...

Tanggal 8 julai 2012 ada dua event besar yg disertai ahli UGCC (kelab basikal yg aku sertai). Sebahagian besar dr kami menyertai Kayuhan Sinar Edisi ke 5 di Shah Alam, manakala Baha dan SY Chong berlumba di Kuala Lumpur Mountain Bike Carnival(KLMTB Carnival) yg berlangsung di Bukit Kiara. 

Aku,Amir,Mus,Pojie dan Arip ke Kiara , manakala Atan ikut kayuhan di Shah Alam.

Mengikut perancangannya aku,Amir,Mus dan Baha berkumpul di tol bt.3 s.alam jam 6.30pg sblm bergerak secara konvoi ke Bkt Kiara. Tp aku terkantoi sikit pg ni dan sampai agak lewat kira2 jam 6.50pg manakala Mus langsung tak nmpk btg idungnya barangkali tgh sedap lg tarik selimut sbb pg ni hujan..hëhë

Setelah semuanya berkumpul (aku bertiga je pun) kami pun bergerak ke Kiara. Perjalanan cuma mengambil masa 20-25 min je ditmbh pula hr ni hari Ahad maka agak selesa lah juga kami berkonvoi hr ni. Sesampainya kami dihadapan KSH Cycle (TTDI) terus kami bersarapan dulu. Sembang punya sembang terlupa plak SY Chong ada acara saringan utk kategori dia jam 7.30 pg. Bergegas kami ke tmpt perlumbaan dan seperti yg dijangka parking mmg menjadi satu masalah. Terpaksa gak aku dan Amir menapak agak jauh nk kesana. Acara saringan kategori lelaki 36-40 tahun dah pun bermula,kami cuma smpt menyaksikan SY menamatkan kayuhan dgn berkedudukan tmpt ke 6 pada saringan ini. Ok lah tu janji dpt ke final... hëhë 

Acara kedua pg ni ditrskan dgn saringan ke 2 bg kategori lelaki 36-40 thn. Sebaik saja pelumba dilepaskan aku dan Amir pun mula memasuki trail utk mencari pot2 menarik utk mengambil gambar. Dari trek "office" smpi ke "overtime" kami redah satu2 sambil berhenti dibeberapa tmpt utk mengambil gambar. Seronok punya berjalan tau2 kami dh smpi ke check point 8. Uish!! jauh dah ni..kalau diteruskan mau lengkap satu loop aku ngan Amir berjalan ni....hehe 
Patah blk ke starting point sambil2 berhenti lg utk mengambil gambar. Kali ini kategori woman elit (final) pula mengambil tmpt. Boleh tahan juga depa ni berkayuh dah mcm jantan dah aku tgk. Kategori ini turut disertai oleh pelumba dr Indonesia dan Singapura. Tp dlm pada tu ada juga pelumba wanita yg kami tgk agak santai je berkayuh mcm sdg berjamboree. Aku ngan Amir cuma senyum2 je memerhatikan gelagat peserta ni...kalo ckp nnti dh jatuh hukum ngumpat...hëhë

Sampai di starting point kami bertemu dgn Pojie dan Arip yg br sampai. Haa..ni br jurufoto sebenar,br le mantop sikit gambarnya kalo nk dibandingkan ngan kamera tikam aku ni...hëhë 

Acara seterusnya adalah kategori lelaki 40thn keatas (final) yg mana Baha mengambil bahgian. Arip ngan Pojie masuk trek "office" manakala aku ngan Amir mengambil tmpt kat "tripple staircase" plak. Kat sini dgr kata ada pelumba yg jatuh (endo) dan patah beberapa btg giginya semasa saringan kategori 36-40 thn td. Mmg trek kat bhgn ni agak sukar dan hanya boleh dilalui oleh mereka yg berpengalaman shj. Alhamdulillah en.Baha kita berjaya melepasi bhgn trek ni dlm kesemua 4 lap nya tanpa sebarang masalah. Nor Affendi Rosli (bekas pelumba berbasikal Malaysia) memenangi kategori ini meninggalkan jauh pelumba yg lain.

Tiba pula acara kategori 36-40 thn lelaki akhir. Hanya kategori ini shj yg memerlukan pelumba menyertai acara saringan dgn pelumba pada kedudukan 15 terpantas shj yg layak masuk ke final. SY Chong berjaya menempatkan diri ke acara final setelah menduduki tmpt ke 14 terpantas dlm saringan. (cukup2 mkn je..hëhë) Malang sekali beliau hanya sempat menamatkan 2 lap dan terpaksa berhenti atas masalah teknikal. Thn dpn cuba lg tp dah berubah kategori lah...hëhë.

Perlumbaan berhenti rehat sebentar sekitar jam 2 ptg sementara menanti acara lelaki elit. Acara yg mmg dinanti2 kan oleh semua sejak td dgn Bandi pelumba dr Indonesia menjadi calon favorite utk memenanginya dan tak lupa juga pelumba Malaysia Shahrin Amir yg dijangka akn memberikan saingan sengit. Antara nama besar yg lain termasuklah anuar Manan dan Fauzan Rusli turut sama menyertai kategori ini. Sebaik shj kesemua pelumba kategori ini dilepaskan tapak karnival beransur2 menjadi sunyi yg tinggal hanya petugas dan pengacara majlis shj, sementara penonton hilang menuju ke trail bg menyaksikan pelumba2 ni beraksi dan sudah pastinya "tripple staircase" menjadi tmpt ramai. Mus yg sampai lewat smpt menyertai kami dan mula sibuk merakam video bersama Baha utk dibuat bahan ulangkajinya...hëhë 
Seperti yg dijangka Bandi memenangi kategori ini walaupun menerima tentangan sengit diawal2 lap oleh Shahrin Amir, tmpt kedua Chandra juga dr Indonesia dan S.Amir ditmpt ketiga.

KEPUTUSAN PENUH :
Lelaki 36-40
1. Zamzi Mohamad - Arus Polygon Racing Team - MAS
2. Oki Raspati - Polygon Racing Team -INA
3. Khaniz Omar - Entro - SIN

Lelaki 41 keatas
1. Nor Effandy Rosli - DBKL - MAS
2. Azizan Manaf - Giant Cycling Team - MAS
3. Supian Nor - Team Corbusier - MAS
15. Baharuddin Baha - UGCC - MAS

Wanita Elite
1. Kusmawati Yazid - Polygon Factory Team - INA
2. Diana Intan Purnamasari - All About Bike Bogo - INA
3. Laura Avira Adrian - Giant Cycling Team - MAS

Lelaki Elite
1. Bandi Sugito - Polygon Factory Team - INA
2. Chandra Rafsanzani - Polygon Factory Team - INA
3. Shahrin Amir - Giant Cycling Team - MAS

Wahhhh...sekali aku ngomel pjg berjela plak aku bergebang ya..hëhë 
OK lah sblm korang menguap besar baik aku chow dulu...apa2 pun tak kira berkayuh di jalanan mau pun off-road yg penting kita enjoy sambil tidak melupakan keselamatan diri sdri dan org lain disekeliling kita. Jgn cuma pandai beri komen tp tak berkayuh.. Happy Cycling... Hehe












Saturday, March 17, 2012

Kayuh Layan Blues seorang diri di pagi sabtu

Endomondo Cycling Workout: was out cycling 42.69 km in 1h:44m:41s using Endomondo.

Dah dekat seminggu aku tak berkayuh sebenarnya, disebabkan kesibukan kerja dan dengan cuaca yang tak menentu kebelakangan ni. Ikut perancangan awal sepatutnya Atan ikut meneman aku tapi apa kan daya pagi ni "terlajak perahu" plak dia hehehe...
Tak kisah lah sorang pun jadi janji dapat lepaskan gian mengayuh ni...
Satu lagi aku nak cerita "best" jgk sebenarnya guna app ENDOMONDO ni kat hp sbb selain dari dapat tengok route yang kita guna ada juga info lain macam distance,duration,avarage speed,calories burn dan macam-macam lagi...dan yg paling aku suka dengan menggunakan benda alah ni dapat tengok progress aku melalui pembandingan dengan workout aku yg terdahulu...lebih kurang macam ni lah ayat dia... =)


Delete
Personal best 20 km of 45m:22s which is a 1m:53s improvement.





Sunday, March 4, 2012

Endomondo Cycling Workout

Endomondo Cycling Workout: was out cycling 78.00 km in 4h:28m:35s using Endomondo.

kayuhan pagi ahad mencari air tebu...

Wednesday, January 25, 2012

Endomondo Cycling Workout

Endomondo Cycling Workout: was out cycling 93.15 km in 4h:06m:36s using Endomondo.

Kayuhan paling jauh aku setakat ini dgn RB ku...walaupun kecundang kat Dragon Back... Tak pe ada masa aku repeat balik nanti... =)

Monday, January 16, 2012

Malam Pertama..

Assalammualaikum w.b.t.

Korang jgn la senyum-senyum bila baca tajuk entri aku kali ni...cuba la sekali sekala kepala otak korang tu jgn dikona kan sangat...hehehe
  
Sebenarnya aku nak bercerita tentang malam pertama aku berkayuh dengan Road Bike dan juga malam pertama aku berkayuh ngan geng2 Uncle Goh Cycling Club (UGCC)

Minggu ni hari rabu, lepas kerja aku pun bersiap2 nak ke Sri Muda pot UGCC melepak...sesampai je aku kesana Baha dah siap menunggu aku..Memandangkan dah masuk waktu kami pun terus kesurau berdekatan bagi menunaikan yang wajib dulu..kemudian baru lah ke Restoran Muneer. Kat sana dah siap dah menunggu Anuar,Minami,Puyau,Mas dan beberapa orang lagi geng UGCC ( sorry aku tak ingat nama 1st time jumpa.. aku mmg jenis susah sikit nak ingat nama orang).Tak lama lepas tu nampak kelibat Atan pulak.

Tengah seronok nyembang dan pekena teh tarik tetiba hujan lebat la plak...orang kata hujan2 ni memang sesuai untuk orang baru dimalam pertama...hahaha udah2 jangan kona lagi..........
Lama gak menunggu hujan reda, teh dah abis segelas, roti ban sebungkus last2 dalam keadaan hujan renyai2 kami pun mula bergerak...hari ni route yang dipilih oleh UGCC ialah Sri Muda-Stadium Bukit Jalil-Sri Muda..

Dari Sri Muda group kami mula berkayuh memasuki Lebuhraya KESAS yang memang tak jauh pun dari pot kami melepak tadi..Jalan masih basah dan banyak lopak2 air...kalau dengan MTB aku memang sedap aku langgar je semua tu..tapi ni Road Bike kena la mengelak mana lah tau kot2 termasuk lubang dalam mau bengkok rim. Dalam aku dok terkial2 membiasakan diri dengan setting beskal ni sorang lepas sorang member2 aku mula meninggalkan aku...takpe kayuh je jangan dipikir sangat, ikut je setakat mana kemampuan diri.. kau kan orang baru kata aku dalam hati.....
Dalam dok seronok berkayuh tetiba kaki kanan aku mula terasa semacam je...Ahhh...dia buat dah!!! Kaki aku dah mula krem (kena kokak ngan mengkarung kata Atan..hehe). Mujur masa tu Baha ada kat belakang aku...ok...bukak clip...kayuh pelan2...relax je Baha bagi arahan kat aku...kalau tak ade dia masa tu mau je aku berenti tepi...hehe
Lepas pada tu kayuhan diteruskan....aku membelok ke Hentian Awan Besar dengan ditemani Atan manakala yg lain meneruskan kayuhan sampai ke Bukit Jalil sebelum berkumpul semula di Awan Besar.Lepas lepak dan minum2 sambung semula kayuhan balik ke Sri Muda.

Apa2 pun aku memang puas lah berkayuh malam tu,,,ini pengalaman pertama aku banyak lagi yg perlu aku pelajari..Terima Kasih pada UGCC terutama Baha dan Atan yang banyak memberi tunjuk ajar pada aku malam tu...sampai jumpa lagi...Chow..














Monday, January 9, 2012

UPSI Rainforest MTB Jamboree

Assalammualikum w.b.t. dan selamat menyambut tahun baru....

Last sekali aku update blog ni pada 10/1/2011 maknanya dah genap2 setahun aku biarkan blog aku ni berabuk dan berdebu...bak kata member aku lelama jd DINASOR blog ko ni....ADA AKU KESAH...haha

OK lah sebagai entry pertama aku tahun ni aku nk citer pasal jamboree MTB pertama aku tahun ni...bertempat di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim pada 1/1/2012...mlm sebelumnya ada juga peristiwa lain yg berlaku kat sini tp aku malas lah nk citer pasal tu... :(

Seawal jam 5 pagi aku dah gerak kesana dr Shah Alam, berdua je masa tu ngan mmbr aku Wan...tp Wan tak kayuh cuma menemankan aku sambil2 tu ambik kesempatan blk kg nengok anak2 nya...kami berenti rehat jap kat RnR Rawang utk mengalas perut dan solat...ramai gak rider2 lain yg mungkin dr KL yg nyinggah sama kat sini... Wan plak ni la 1st time dia ngikut aku ke Jamboree, jd ada sedikit rasa teruja la jgk bila aku tunjukkan brp byknya beskal yg tergantung kat keta2 yg parking kat situ...aku kata kat dia ni br sikit nnti ko tgk la.... mcm2 ada.... hehehe

Lepas mengisi perut perjalanan diteruskan..kali ni aku ambik alih jd pilot plak...Wan dah xlalu nk drive bahana dia berpoya2 mlm tahun baru tu...padan muka ko...hehe
Lebih krg jam 6.45 pg kami sampi di UPSI...walaupun dikira masih awal pagi tp dah ramai dah org masa tu... aku pun cari parking dan start setting beskal...Perel ngan Iwan dh sampai dulu sbb diaorg tido kat umah kakak si Awin di Tjg Malim..tp kena tunggu depa sampai lah plak sbb diaorg kayuh dr sana ke UPSI dan no plate aku ada kat diaorg...sambil2 tu aku warm-up lah dulu...
Lama gak aku dok melangut kat situ br lah nmpk Perel ngan Iwan...Nazri ngan Azizul pun ada sama kat situ...Awin rupanya xkayuh sama sbb dia jd Marshal hr tu..selesai gantung plate no kami pun bergerak menuju ke tmpt pendaftaran dan juga CP1
Lps tu tunggu lagi..ikut jadual awal flag off jam 7.30 tp sbb VIP lmbt sampai kena lah tunggu lg...sabor je lah sambil2 tu bleh gak cuci mata nengok beskal yg mcm2 jenis...

Jam 8.30 pg kami pun dilepaskan...ada lbh 1000 rider yg turut serta dlm jamboree kali ni.. utk 10km pertama ni kami mengayuh diatas jln tar / on road dr UPSI menuju ke Proton City...kira2 mcm warm-up lah...slps proton city br lah masuk trek off road...time ni dah mula ada yg tertinggal jauh manakala yg kuat mula berdesup perginya...aku pulak...hehehe mcm biasa lah bersantai2...walau tak habis semua CP yg ada tp yg penting hati puas... KAYUH...TOLAK...GELAK...


pendaftaran

posing dulu

dah ada yg menolak

ada cikaro plak dlm utan ni..hehe

senyum...

acara lawan tolak beskal

wajah org menang lucky draw

beskal dah penat..huhu

beskal dah siap cuci dan servis,,,lps ni mana plak?

Monday, January 10, 2011

Latihan Bergendang di Malam AJL..

  Ketika Stadium Bukit Jalil diimpahi dengan lampu limpah dan gemerlapan bintang2 yang memeriahkan Anugerah Juara Lagu (AJL) kami KGGK mengadakan latihan biasa dengan diterangi lampu camping sahaja...hehe
  Terasa cam klasik benar plak..best juga sesekali berlatih begini...terkenang saat aku "bersidang" bawah fly-sheet dipuncak gunung masa aku tengah aktif meredah hutan dulu...
  Seperti biasa alunan serunai Cikgu Ramli dan pukulan gendang Sharul menarik minat abang2 polis yang mejalankan rondaan sekitar tempat kami berlatih...selepas bertanya dan berbual serba sedikit mereka pun beredar meneruskan tugas mereka dan kali ini juga alunan muzik gendang ini bagai memanggil2 abang "bandaraya" yang sedang bertugas dipos kawalannya menjengah sebentar..siap buat permintaan lagu pulak  tu...hehe.... demi tak menghampakan beliau maka Lagu Tomoi kami hadiahkan padanya...(agaknya tido sambil senyum abg kita malam ni hehe)